Kenaikan pinjaman Kadar Dasar Semalaman (OPR) kepada 2.0 peratus tidak akan membebankan peminjam walaupun berlaku peningkatan terhadap kadar pinjaman yang perlu dibayar.<br /><br />Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, peningkatan OPR turut dijangka memanfaatkan deposit yang diwakili sebahagian besar golongan M40 menerusi peningkatan faedah dan keuntungan diterima pendeposit.